minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

 

 Aduhai KFC, Mc Donald dan Coca Cola

Oleh : ze elias
6.35 am December 20, 2000

Apabila di sebut KFC, Mc Donald, Coca Cola dan Pizza Hut, sudah pasti ramai di antara kita yang terliur, lebih lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita semua tahu makanan dan minuman ini sudah terkenal dengan rasanya yang enak sejak puluhan tahun sebelum ini. Makanan makanan dan minuman ini sangat di gemari oleh masyarakat Melayu ketika ini khususnya bagi kanak kanak yang sejak kecil lagi di dedahkan dengan makanan makanan seperti ini oleh ibu bapa mereka. Sudah menjadi tabiat masyarakat Melayu di Malaysia ini untuk memakan dan meminum makanan seperti ini. Apa yang ingin saya tekankan di sini bukanlah untuk mengagung agungkan makanan dari barat ini. Tetapi untuk menerangkan apakah di sebalik makanan makanan yang saudara saudari gemari ini.

Sudah menjadi lumrah

Apabila ada wang lebih sahaja atau pun baru dapat gaji misalnya, makanan inilah yang menjadi sinonim ibu ibu dan bapa bapa untuk membawa anak anaknya pergi ke restoran tersebut untuk menikmati hidangan ini. Apa yang ingin saya persoalkan di sini bukanlah masalah halal atau haramnya makanan ini di sisi agama Islam. Kita semua tahu makanan makanan ini telah di sah kan halal di makan oleh orang orang Islam di Malaysia ini. Di samping kita sedang enak menikmati hidangan ini mari lah kita berfikir sejenak. Dari manakah asalnya dan ke manakah saluran keuntungan yang di perolehi daripadanya di salurkan.

Fatwa dari Ulamak dunia

Ulamak terkenal dunia iaitu Yusuf Al Qardawi sudahpun mengeluarkan fatwa yang mengatakan keuntungan daripada syarikat syarikat makanan dari barat ini, sedikit daripadanya di salurkan kepada rejim israel untuk membeli senjata senjata. Saudara saudari pasti tahu untuk apa senjata senjata ini di beli. Senjata senjata ini di gunakan untuk menindas dan membunuh umat Islam Palestin. Maka dengan itu dapatkah pembaca sekelian fikir apakah yang telah masyarakat Malaysia lakukan selama ini?

Bersubahat

Sedarlah wahai pembaca semua. Jika kita membeli makanan makanan ini maka kita bersubahat dengannya kerana sedikit daripada keuntungan yang mereka perolehi itu di salurkan kepada rejim israel untuk membunuh dan menindas saudara saudara kita sendiri di bumi Palestin sana. Samalah juga seperti kita menggunakan senapang atau senjata menembak tanpa belas kasihan saudara saudara kita itu. Jangan kita ambil mudah perkara ini. Ini adalah tanggungjawap kita untuk menghalang atau sekurang kurangnya menghentikan sedikit demi sedikit perkara ini berlaku ke atas kita. Walaupun kita tidak makan makanan makanan dari barat ini bukannya kita boleh mati. Semoga dengan pengetahuan yang saudara dapat sekarang ini dapat di sebarkan dan di beritahu kepada rakan rakan, jiran jiran, saudara saudara dan semua umat Islam di Malaysia ini. Jangan ambil mudah. Ini adalah tanggungjawap kita untuk membasminya. Kalau tidak kita siapa lagi yang boleh menghetikannya?

Boikot

Di samping kita memboikot akhbar akhbar harian dan siaran siaran telivisyen yang menjilat punggung Mahathir ini, saya ingin mengajak saudara saudara pembaca ini supaya memboikot juga makanan makanan dari barat ini. Ini adalah tugas kita sebagai umat Islam yang ingin melihat saudaranya hidup dengan aman dan damai tanpa penindasan dan kekejaman. Sedikit sebanyak dapatlah kita membantu menyelamatkan saudara saudara kita di sana. Janganlah kita anggap penulisan dari saya ini suatu yang zalim dan menyekat kemahuan saudara saudara. Bukan susah untuk mengatasi semua ini. Kita hanya perlu berfikir dan mengetahui faktor faktor di sebalik membantu perniagaan dari barat ini mendapat keuntungan. Di samping mencari cara yang terbaik untuk mengatasinya.

Makanan alternatif

Bukan sahaja sekarang ini kita menyokong Barisan Alternatif. Dan bukan sekadar mencari jalan alternatif untuk mengelakkan TOL. Tetapi ada juga makanan alternatif yang sama hebatnya dengan makanan makanan yang saya sebutkan di atas tadi. Saya ingin memberi contoh TAZA. Saudara saudara tahu bukan? Ianya juga makanan yang bercorakkan ringkas (fast food). Ianya juga adalah ayam malah bagi saya rasanya lebih enak dan lebih bermutu tinggi. Untuk pengetahuan saudara syarikat ini adalah syarikat dari Arab Saudi yang memperluaskan perniagaan nya sehingga di Malaysia ini. Elakkan lah dari membeli makanan makanan yang saya sebutkan di atas tadi. Kita ada makanan alternatif untuk kita gantikan dengan yang tadi. Kita juga ada Barisan Alternatif untuk kita gantikan KERAjaan Barisan Nasional yang ada ini. Marilah kita menunjukkan sokongan kepada pusingan terakhir selepas Aidilfitri nanti untuk kita menggulingkan Mahathir dengan sehina hinanya dan membebaskan saudara Anwar Ibrahim secepat cepatnya. Insyaallah semoga usaha kita ini di berkati oleh Allah s.w.t. Sekian dari saya untuk kali ini.

Hidup Mahasiswa!! Reformasi!! Takbir!! Allahuakbar!!

ze elias,
Mahasiswa, aktivis reformasi, pendukung laman WR
webmaster@webreformis.com
www.webreformis.com

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter